Thursday, 14 September 2017

Safety Audit_Fire at School / Tahfiz

As Salam,

Semalam, 14/09/2017 kita dikejutkan lagi dengan kejadian kebakaran yang melibatkan pusat Tahfiz. Tragedi kebakaran di Tahfiiz Darul Ittifaqiyah, Datu Keramat Kuala Lumpur tersebut telah meragut 22 pelajar dan 2 orang penjaga pusat tersebut. 

Pepatah Melayu berbunyi "Dah Terantuk Baru Ternadah" atau "Rumah Dah Siap, Tapi Pahat Berbunyi" itulah kita. Aspek keselamatan kebakaran sering diabaikan dan endah tak endah sahaja. Punca kejadian sebenar biarlah pihak berkuasa (BOMBA) yang menyiasat kerana meraka punyai kepakaran.

Setiap kita seharusnya tahu asas keselamatan kebakaran, samada di rumah atau di sekolah / Tahfiz. Malahan kita seharusnya juga perlu tahu fungsi dan cara menggunakan peralatan asas kebakaran seperti "Alat Pemadam Api / Fire Extinguisher". Pihak sekolah dan pusat tahfiz hendaklah membuat Audit Keselamatan Kebakaran/ Fire Safety Audit secara berkala atau boleh melantik pihak yang berkompeten bagi melakukannya. Bagaimana pula keselamatan kebakaran di pusat-pusat Tuisyen yang pastinya laluan keluar masuk adalah satu.. perihatinkah kita. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kerana "Api bila kecil menjadi kawan dan bila besar menjadi lawan"  

Sayu dan pilu atas tragedi ini, malah kesedihan yang teramat terhadap semua keluarga mangsa kita kalungkan doa dan takziah semoga mereka diberikan kesabaran. Dan bagi mangsa tragedi ini kita doakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman... Aminnn dan Al- Fatihah.

No comments:

Post a Comment