Friday, 3 February 2017

Keselamatan di Taska

Kita dikejutkan dengan  berita  sedih  seorang  kanak-kanak  perempuan  berusia  3 tahun 2 bulan meninggal  dunia  akibat  dihempap  besi pagar di sebuah Taska di Pontian  semalam 25 Januari  2017.

Alfatiha  untuk anak kecil tersebut dan banyakkan  bersabar  kepada ibubapa  nya.

Berita  sebegini seringkali  kita terdengar  akan tetapi  malangnya ia sering berulang dengan pelbagai  cara yang selalu merisikokan  nyawa anak-anak  kecil.

Maka penambahbaikan Taska adalah  sentiasa perlu dilakukan. Pendaftaran Taska  merupakan mandatory  bagi pengusha  Taska. Pengasuh  juga haruslah  berkelayakan, mengikuti  kursus  dan latihan  serta yang utama latihan pertolongan  cemas.

Disamping itu juga  pihak berkuasa  tempatan  hendaklah sentiasa  membuat  pemantauan  kepada Taska dari segi aspek  Keselamatan  &  Kesihatan  pengurusan  Taska tersebut .

Jom perihatin  bagi masa depan anak-anak  kita.

No comments:

Post a Comment