Friday, 13 January 2017

Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja - Part 2

Falsafah  dan Prinsip - Prinsip  Akta Keselamatan  &  Kesihatan  Pekerjaan  1994

Pengaturan  Kendiri / Self Regulation;
Memupuk  sikap perihatin terhadap keselamatan  &  kesihatan  pekerjaan  dan mengujudkan organisasi dan langkah -  langkah  keselamatan  yang berkesan  melalui skim-skim  pengaturan  kendiri  yang  disesuaikan  dengan industria atau organisasi  yang berkaitan.

Rundingan  /  Consultation ; 
Akta ini memperuntukan  untuk menggantikan  secara  berperingkat-peringkat kehendak  perundangan  keselamatan  &  kesihatan  sedia ada dengan peruntukkan  yang disemak  semula dan dikemaskini dalam bentuk satu sistem peraturan dan tataamalan  industri  yang diluluskan  dan disediakan  secara rundingan  dengan  organisasi  majikan, pekerja dan kerajaan.

Kerjasama  dan Penglibatan  Pekerja / Workers  Cooperation  & Participation;
Bekerjasama  dengan majikan dan orang  lain  yang  berkenaan  dalam memenuhi  kehendak undang  - undang. Akta  ini  juga  mengkehendaki  pekerja supaya tidak mengganggu  atau menyalahgunakan apa-apa  yang disediakan untuk melindungi  keselamatan, kesihatan  atau kebajikan  mereka.

Kredit to DOSH

Wednesday, 11 January 2017

Keselamatan & Kesihatan di Sekolah

Pada hari ke sepuluh  sesi  persekolahan, kita dikejutkan  dengan berita murid  dan guru keracunan  makanan di sebuah  sekolah  menengah  di Melaka.

Berita bertarikh  11/01/2017 turut menyatakan  punca  keracunan adalah dari nasi goreng yang dimakan  di kantin sekolah  tersebut.

Jom recap coretan saya pada 03/01/2017 yang lalu. Ini merupakan kes yang pertama tahun ini dan kita semua  doakan is merupakan juga  kes yang terakhir.

Cukup, cukuplah  isu keracunan makanan di sekolah  ini, kesian  kepada anak-anak  kita terpaksa menghadapinya  tak kurang juga  kepada cikgu yang terlibat.

Seharusnya  kini, Kementerian  Pendidikan  dan Kementerian  Kesihatan  serta PIBG tampil  dengan sop  yang lebih ketat  dan juga mempromosikan  hygienic  sebagai budaya  teras terutamanya  di sekolah.

Kita doakan semoga  pelajar  dan guru terlibat cepat sembuh, aaminnn. Foto kredit  kepada MyMetro .

Tuesday, 10 January 2017

Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja - Part 1

Konsep  Keselamatan  &  Kesihatan  Di  Tempat  Kerja 

Konsep  ini menerangkan perkara - perkara seperti berikut :

1. Keselamatan  &  Kesihatan  pekerja  adalah elemen  yang bersepadu  dan saling berkait  rapat  antara satu sama lain.

2. Tempat  kerja  yang  tidak  selamat akan meninggikan  risiko kemalangan dan kecederaan  yang boleh menjejaskan  kesihatan.

3. Pekerja  yang tidak  sihat boleh mengakibatkan perkhidmatan dan juga tempat  kerja terjejas.

4. Akta 514, mengujudkan  satu budaya kerja yang selamat  dan sihat.

5. Keselamatan  di  tempat  kerja  mencakupi  aspek pencegahan kemalangan ,  kecederaan  dan penyakit .

Apakah  peranan  dan tanggungjawab majikan?
Apakah peranan dan tanggungjawab  pekerja?

Tunggu ye di bahagian  akan datang ... Jom layan  foto ni

Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja

Tahukah  anda  bahawa  keselamatan  &  kesihatan  di  tempat  kerja  adalah  satu  perkara  /  peraturan  bagi  memastikan  setiap  pekerja  berada  di  dalam  keadaan  selamat  dan  sihat  bagi  jangka  masa  pendek  ataupun  panjang . 

Bahaya  di  tempat  kerja adalah  seperti  berikut  :

1. Bahaya  Kimia;
    - Gas / wap 
    - Habuk  / mist  / fume

2. Bahaya  Fizikal;
     - mekanikal 
     - elektrikal 
     - ergonomik 
     - bising
     - getaran 
     - ketinggian 
     - haba 
     - tekanan 

3. Bahaya  Biologikal ;
     - bakteria  / virus  / spora 
     - habuk  tumbuhan 

4. Bahaya  Psikososial ;
     - keganasan  seksual 
     - tekanan kawan sekerja 
     - jiran  / keluarga 

5. Bahaya Ergonomik

Tahukah  anda  juga bahawa  pejabat  merupakan  tempat  yang  mempunyai  hazard dan risiko. Cuba perhatikan  photo ni ya, semoga kita lebih perihatin .

Monday, 9 January 2017

Keselamatan di Tempat Parkir

Hi semoga  anda  ceria  hari  ini.

Pastinya  hampir semua orang memiliki  kereta  kan. Tentunya  juga kita selalu meletakkan  kereta  di tempat  parkir  yang disediakan  samada  di dalam bangunan bertingkat  atau kawasan terbuka.

Tahukah  anda  bahawa  tempat  letak kereta  adalah antara  sasaran  popular  penjenayah  untuk melakukan  aktiviti nya . Oleh itu setiap  orang terutamanya  wanita perlu ketahui  tips keselamatan  di tempat parkir  antaranya;

1. Pasangkan  lampu kereta semasa  memasuki  tempat  parkir  bagi membolehkan penguna  lain mengetahui  pergerakan  kenderaan  kita. Ia boleh elakkan  kemalangan.

2. Parkir di kawasan  yang terang atau berlampu.

3. Pilih  kawasan parkir yang ada CCTV .

4. Letak  kenderaan berhampiran  pintu masuk.

5.  Jangan  biarkan  barang berharga  seperti  laptop , beg tangan  dan sebagainya  diletakkan  di atas  kerusi. Seeloknya  sorokkan  di tempat  yang tidak boleh dilihat.

6. Snapshot  tempat parkir  kereta anda  bagi mengelakkan anda  keliru  di kawasan  manakah  kereta anda  telah di letakkan. Terutamanya  di parkir  pusat membeli belah.

Keselamatan  kita  adalah  tanggungjawab  kita ...

Sunday, 8 January 2017

Mind Your Step - Part 1

Hari ini jom jalan-jalan  kat Terminal Bersepadu  Selatan  atau TBS. Perjalanan  menggunakan  LRT Putra  dan LRT laluan  Seri  Petaling  amat  selesa  dengan koc train  baru.

Semasa  di link bridge  ke bangunan utama  TBS, tertera  zone had kawasan merokok  akan tetapi masih  Ramai lagi yang merokok  di dalam kawasan larangan  merokok . Persoalanya  adakah masih  terdapat  warga Malaysia yang buta  huruf? atau buta hati  tanpa  memikirkan  keselesaan  orang lain. Kita tinggalkan  dulu isu sensitive  ini.

Jom kita perhatikan laluan di escalator, tanda amaran  Mind  Your  Step  tidak kelihatan . Akan tetapi  tanda amaran dan keselamatan  di tambah  bagi pennguna  escalator termasuk tanda keselamatan  Anti Climbing dan No Entry. 

Perasan  tak kita  tanda - tanda keselamatan  ini semasa kita  menggunakan  escalator  samada  semasa di kompleks  membeli  belah atau di bangunan- bangunan yang kita berurusan  atau bekerja  di situ. Syabas  bagi yang perihatin dan tabik  spring kepada yang membaca  tanda keselamatan  atau safety  signage  tersebut .

Saya perihatin , anda...

Jom  kita perhatikan  tanda keselamatan  di escalator  seperti di bawah ;

Saturday, 7 January 2017

Emergency Preparedness and Response

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Dr. Norhayati Nordin mengucapkan syabas kepada pasukan Kecemasan HBUK kerana bertindak pantas menyelamatkan pesakit dan mengawal kebakaran yang bermula di bilik stor hospital berkenaan. petikan dari Harian Metro 6 Januari 2017.

Keberkesanan pasukan kecemasan ini adalah hasil latihan berkala (periodically test its procedure) semasa menghadapi situasi cemas dan juga kerana komitment yang tinggi oleh setiap ahli pasukan kecemasan yang terlibat. Syabas sekali lagi dari keyboard blogger.

Sehubungan dengan itu bagi membolehkan setiap penghuni dapat dikeluarkan dari bangunan atau tempat kerja, semasa berlakunya apa jua keadaan cemas atau pengungsian bangunan (Evacuation Drill), penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (Safety & Health Committee) dan juga Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) perlu berperanan dan bertindak aktif.

Ini adalah selaras dengan kehendak seksyen 30, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Disamping itu juga bagi memantapkan lagi sesuatu organisasi dalam melaksanakan dan mengamalkan  aspek Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja, sesuatu organisasi boleh memilih untuk melaksanakan pensijilan amalan keselamatan dan kesihatan iaitu samada Malaysian Standard, MS 1722:2011 atau OHSAS 18001:2007.

Apa itu MS 1722:2011 dan OHSAS 18001:2007 ?
Kenapa pula isu ini amat penting dan apa kaitannya dengan kita?

Tunggu ya, di pencerahan episod seterusnya...


Friday, 6 January 2017

Emergency Preparedness and Response - Part 1

Orang ramai panik dan kelam  kabut... akibat gegaran selama  10 saat  yang dirasai  pada jam 2.13 petang , 10 Januari  2017.

Gegaran yang berlaku di Laut Sulawesi  446 km dari timur  laut Semporna, Sabah itu juga menyebabkan 1000 pekerja dan pengunjung Ujana Kewangan, Labuan  bergegas  keluar  dari bangunan 18 tingkat  itu.

Keadaan yang sama juga turut dirasai di beberapa  bangunan tinggi  di Kota  Kinabalu yang menyebabkan  orang ramai mengosongkan  bangunan.

Persoalanya  adakah kita telah bersedia menghadapi  sebarang  keadaan cemas? Adakah kita  bersedia untuk mengosongkan bangunan? Adakah bangunan atau tempat  kerja  kita mempunyai  Emergency  Response  Team (ERT) atau Pasukan  Tindakan  Kecemasan?

Kecemasan terjadi  tanpa diduga. Ia kerap kali berlaku semasa sesuatu organisasi  atau orang ramai  tidak bersedia  sepenuhnya  untuk  menghadapinya. Semasa  Kecemasan  tindakan segera  perlu dilakukan  dalam waktu yang singkat  kerana insiden  yang kecil boleh bertukar  menjadi krisis  sekiranya tindakan yang  betul tidak diambil  bagi mengawalnya.

Akta 514, Akta Keselamatan  & Kesihatan  Pekerjaan  1994 walaupun  tidak disebut  secara  terus, akan tetapi keperluan  menyediakan  pengurusan tindakan  kecemasan di tempat  kerja  adalah  diwajibkan selari  dengan Bahagian IV, Seksyen  15 yang menerangkan  sesuatu perkiraan untuk diwujudkan  supaya tempat kerja  dan orang-orangnya selamat  semasa bekerja  atau berada  di tempat  kerja.

Apa itu ERT?
Apa tugas dan fungsi ERT?
Macam mana nak tubuhan  ERT?
.... nantikan  di pencerahan  akan datang

Jom kita layan dulu foto keadaan orang ramai semasa  gegaran di Sabah . Kredit dari myMetro.

Thursday, 5 January 2017

Safety & Health During Flood - Part 1

Hari ni 6 January  2017, laporan  dari Berita Harian, jumlah mangsa  yang masih di tempatkan  di pusat  pemindahan  banjir; 13,455 di Kelantan  dan  2428 di Terengganu. Alhamdulillah  banjir  di sesetengah  tempat  semakin surut.

Walau   apa pun sebabnya  banjir ini adalah kehendak  dan ketentuan  Allah yang selalu  menguji  hambanya  supaya sentiasa  bersyukur  dan berharap  kepadaNya .

"Wahai  bumi ! telanlah  air (banjir) mu dan Wahai  langit  berhentilah  dari curahan  hujan  mu"
- surah Hud: ayat  44

Disamping  itu juga  aspek  Keselamatan  dan  Kesihatan  hendaklah  sentiasa diikuti ,  cuba amalkan tips dari Kementerian  Kesihatan  ini ya...


Wednesday, 4 January 2017

Working at Height - Part 1

5 remaja  di Ipoh  telah memohon  maaf  hari ini gara-gara  aksi  extreme  mereka  yang memanjat  merju  tanda Ipoh menjadi viral.

Generasi  abad  ini semakin  berani  untuk melakukan  sesuatu yang extreme dan mencabar  kudrat . Sealiran  dengan slogan Malaysia  Boleh. Tambah  mereka  lagi yang berpengalaman  dalam melakukan  aktiviti  lasak  termasuk  lagak  ngeri telah  memikirkan  soal  keselamatan sebelum  melakukannya .

Akan  tetapi  kita amat  risaukan  sekiranya  aktiviti  ini  dilakukan  oleh orang yang tidak ada pengalaman  dan pendedahan  kepada aspek Keselamatan semasa melakukannya.

Aktiviti ini di ketegorikan  sebagai  'working at height '  iaitu  rujukan  di  Akta  FMA  1967, regulation  12 (Safety , Health  & Welfare) 1970.
"any work performe  as a place from which the person will be liable  to fall a distance of more than 10 feet" , means shall be provided  to ensure his safety ...

Pastinya  hazard dan risiko  itu berlegar-legar  di sekeliling  kita, kitalah  yang mengundang  ia  samada  low, medium atau high yang akibatnya  gabungan  probability  dan severity.

Renung-renungkan  ya...

Safety & Health During Flood

As Salam  dan semoga anda   ceria  hari ini.

Pagi tadi berita  jam 7 am,  melaporkan  keadaan  banjir  di Kelantan  dan Terengganu  semakin   serius  dengan ribuan  orang terpaksa  dipindahkan  dan  kebanyakkan  sekolah  juga turut  ditutup .

Berikut  sedikit  tips keselamatan  dan Kesihatan  semasa banjir. Kredit  kepada  Metro .

Kita doakan semoga banjir ini cepat surut  dan tiada  incident  yang tidak diingini  berlaku .  Aaaminnn .

Tuesday, 3 January 2017

Mind Your Step

Petang ni Lembah Kelang hujan, jam dah 6.30 pm warga  KL berpusu-pusu  bergerak  balik. Jom kita jengok  kat LRT  Stesen  terutama  kat tanga, cuba perhatikan  ada signage  amaran  tak, supaya  kita  lebih  berhati-hati terhadap  langkah  kita. Tak de kan...

Oleh  itu signage  atau tanda  amaran  'Mind Your Step' perlu  ada ,  kerana   malang  tak berbau.

Keselamatan  kita adalah tanggungjawab  kita. Anda  perihatin ? 

Monday, 2 January 2017

Preamble of the Blog

As Salam and Good Morning, hope this blog find you well.

Hari ini merupakan hari ke 3 bagi tahun 2017. Jom kita mulakan tahun baru ini dengan azam yang baru, penuh semangat, positif dan lebih bermotivasi bagi mencapai apa jua target kita bagi tahun 2017 ini.

Dari keyboard blogger, saya akan berkongsi tip-tip berkaitan aspek Keselamatan dan Kesihatan (Safety & Health) bagi kita semua, semoga yang baik dijadikan amalan dan yang kurang baik dijadikan sempadan untuk kita lebih berwaspada akan risiko yang ada.

Jam 6.30 pagi hari ini telah mula bergegas ke sekolah untuk menghantar anak, maklumlah hari pertama persekolahan di Lembah Kelang ni. Ramai ibubapa bercuti untuk turut sama memeriahkan pintu pagar sekolah. Dalam kesibukan kita itu, cuba kita perhatikan masa kita hantar anak kita tadi, ada tak pengawal keselamatan atau Pak Guard yang ditugaskan untuk menjaga lalulintas di hadapan pagar sekolah bagi membolehkan anak kita melintas dengan selamat.

Ternyata pagi ini setelah meronda-ronda 3 buah sekolah, tidak ada pun "Pak Guard" yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan anak kita sewaktu melintas jalan. Tentu risaukan.. tapi adakah kita endah atau kisah. Adakah perlu kita melepaskan taggungjawab 100% kepada pihak sekolah atau kepada PIBG? .

Keselamatan anak kita adalah sepenuhnya tanggungjawab kita sebelum anak kita melangkahkan kaki kanan masuk ke kawasan sekolah. Kita yang seharusnya memastikan anak kita telah selamat masuk ke kawasan sekolah sebelum kita beredar dari pintu pagar sekolah. Bagi menjamin anak kita selamat melintas ke sekolah dan kita pula tidak tertekan dengan mengejar masa ke tempat kerja, sesuatu perlu dilakukan.

Sebagai ibubapa kita haruslah melalui saluran yang sepatutnya mensyorkan kepada pihak sekolah berkaitan isu ini seperti menempatkan "Pak Guard" dan juga "Pedestrian Crossing" di hadapan sekolah.

Bagaimana pula tentang kesihatan anak kita? Adakah tidurnya cukup? Adakah kita masih amalkan membawa bekal ke sekolah yang mana tahap kebersihan atau hygienic nya kita tahu. Bagaimana pula pemakanan di kantin sekolah, adakah tahap hygienic nya mencapai piawaian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anak kita sering kali terpaksa menjadi mangsa atau bahan uji tahap hygienic makanan di kantin sekolah. Mana tak nya, kan seringkali kita mendengar kes-kes keracunan makanan di sekolah yang seolah-olah masih belum ada nohtahnya.

Maka "Keselamatan dan Kesihatan" adalah bermula dengan kita. Renung-renungkan jumpa lagi di coretan akan datang.

Wassalam.