Kita dikejutkan dengan berita sedih seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun 2 bulan meninggal dunia akibat dihempap besi pagar di sebuah Taska di Pontian semalam 25 Januari 2017.
Alfatiha untuk anak kecil tersebut dan banyakkan bersabar kepada ibubapa nya.
Berita sebegini seringkali kita terdengar akan tetapi malangnya ia sering berulang dengan pelbagai cara yang selalu merisikokan nyawa anak-anak kecil.
Maka penambahbaikan Taska adalah sentiasa perlu dilakukan. Pendaftaran Taska merupakan mandatory bagi pengusha Taska. Pengasuh juga haruslah berkelayakan, mengikuti kursus dan latihan serta yang utama latihan pertolongan cemas.
Disamping itu juga pihak berkuasa tempatan hendaklah sentiasa membuat pemantauan kepada Taska dari segi aspek Keselamatan & Kesihatan pengurusan Taska tersebut .
Jom perihatin bagi masa depan anak-anak kita.