Wednesday, 18 October 2017

Keselamatan Gas Memasak LPG

Semalam, 17/10/2107 jam 6.30 pagi dua orang wanita melecur di badan terkena letupan akibat dari kebocoran gas memasak di premis mereka di Jalan SS2/63 Sea Park, Petaling Jaya.

Siasatan awal pihak BOMBA dan Penyelamat mendapati terdapat kebocoran gas dalam dapur premis tersebut dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden.

Kita setiap hari selalu terdedah kepada hazard samada di rumah atau di luar. Risiko ini sebenarnya boleh dielakkan atau dikawal. Pengunaan LPG (Liquefied Petroleum Gas) sebagai bahan memasak merupakan satu keutamaan dalam aktiviti memasak. Sehubungan dengan itu  tips keselamatan semasa menggunakan gas LPG ini hendaklah diketahui dan menjadi satu amalan iaitu:-

1. Pastikan tidak ada sebarang bau gas semasa hendak menyalakan dapur anda.
2. Pastikan tingkap dibuka atau memasang exhaust fan bagi membantu pengudaraan yang baik.
3. Pastikan tidak ada bahan yang mudah terbakar seperti kertas atau kain berhampiran dapur.
4. Pastikan anda membuat pemeriksaan berkala saluran gas terhadap kebocoran dengan menggunakan sabun.
5. Pastikan dapur tidak ditinggalkan tanpa pengawasan semasa memasak.

Keperihatinan anda akan dapat mengurangkan risiko dan juga dapat mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Sayangi diri dan keluarga anda.

Image result for lpg gas in malaysia
Photo: Credit to GAS Petronas.

Sunday, 15 October 2017

Safety Audit_Fire Awareness_Tahfiz/Sekolah/Tuisyen Part 1

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Septemer lalu, didapati 50% pusat Tahfiz di seluruh negara adalah tidak selamat dari ancaman bahaya kebakaran. Kesalahan yang paling banyak dicatatkan adalah pusat Tahfiz ini tidak mempunyai peralatan mencegah kebakaran.

Cadangan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk mengadakan kempen besar-besaran bagi meningkatkan tahap kesedaran kesalamatan di sekolah Tahfiz. Kempen ini akan dimulakan dengan penganjuran program keselamatn dan kesihatan pekerja (KKP) sekolah Tahfiz seluruh Selangor pada 30 Oktober 2017. Kempen ini seharusnya juga diperluaskan secara menyeluruh di semua peringkat sekolah dan juga pusat-pusat Tuisyen.

Adalah diharapkan garis panduan dan peraturan operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan kelak akan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan lagi  proses audit keselamatan (Safety Audit) bagi mengujudkan persekitaran yang selamat dan sihat bagi anak-anak kita di tempat menuntut ilmu.

Selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, pihak tahfiz/sekolah/tuisyen dengan dibantu oleh pihak yang kompeten samada dari badan berkanun atau swasta dapat melaksanakan sistem pengurusan KKP yang baik dengan mengamalkan konsep mengenalpasti bahaya, membuat penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC) secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Adalah diharapkan di masa hadapan, aspek keselamatan dan kesihatan perkerjaan dan juga asas keselamatan kebakaran menjadi budaya yang tegar dalam masyarakat Malaysia. Demi masa hadapan kita semua.