Wednesday, 18 October 2017

Keselamatan Gas Memasak LPG

Semalam, 17/10/2107 jam 6.30 pagi dua orang wanita melecur di badan terkena letupan akibat dari kebocoran gas memasak di premis mereka di Jalan SS2/63 Sea Park, Petaling Jaya.

Siasatan awal pihak BOMBA dan Penyelamat mendapati terdapat kebocoran gas dalam dapur premis tersebut dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden.

Kita setiap hari selalu terdedah kepada hazard samada di rumah atau di luar. Risiko ini sebenarnya boleh dielakkan atau dikawal. Pengunaan LPG (Liquefied Petroleum Gas) sebagai bahan memasak merupakan satu keutamaan dalam aktiviti memasak. Sehubungan dengan itu  tips keselamatan semasa menggunakan gas LPG ini hendaklah diketahui dan menjadi satu amalan iaitu:-

1. Pastikan tidak ada sebarang bau gas semasa hendak menyalakan dapur anda.
2. Pastikan tingkap dibuka atau memasang exhaust fan bagi membantu pengudaraan yang baik.
3. Pastikan tidak ada bahan yang mudah terbakar seperti kertas atau kain berhampiran dapur.
4. Pastikan anda membuat pemeriksaan berkala saluran gas terhadap kebocoran dengan menggunakan sabun.
5. Pastikan dapur tidak ditinggalkan tanpa pengawasan semasa memasak.

Keperihatinan anda akan dapat mengurangkan risiko dan juga dapat mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Sayangi diri dan keluarga anda.

Image result for lpg gas in malaysia
Photo: Credit to GAS Petronas.

No comments:

Post a Comment